Tanah sekolah ini telah diwakafkan oleh Tn. Hj. Ibrahim b Abdul Bada’ . Guru Besar pertama sekolah ini ialah En Esa b Baharom yang merupakan guru tunggal semasa itu . Muridnya waktu itu seramai 25 orang . Murid-muridnya dari Kampung Lubuk Sawah , Kampung Pengkalan Raja , Kampung Parit Pasir dan Kampung Batu 26 .
Lembaga Pengurus Sekolah masa itu terdiri :
En Abas b Daeng Matarang ( Pengerusi )
Tn. Hj. Mohd Tahir @ Hj. Ahmad b Hj. Hassan ( Setiausaha )
Tn. Hj. Ibrahim b Abd Bada’ ( Bendahari )
En. Musa b Mohd Amin
En. Baharuddin b Sufi
Kronologi SK Pekan Nanas :
1949 - Penyerahan bangunan kayu untuk menampung kekurangan tempat belajar hingga darjah empat oleh Tn. Hj. Ibrahim b Abd Bada’.
1950 - Pertukaran nama kepada Sekolah Melayu Pekan Nanas .
1952 - Pembinaan bangunan 4 bilik darjah bercantum dengan rumah guru oleh kerajaan .
1963 - Perasmian oleh DYTM Tunku Ismail b Sultan Ibrahim (TM).
1956 - Pertukaran nama kepada Sekolah Umum Pekan Nanas .
1979 - Sebuah bangunan 8 bilik darjah telah dibina .
1988 - Sebuah bangunan 8 bilik darjah telah dibina .
1994 - Pembinaan sebuah bangunan 8 bilik darjah dan satu blok bilik Kemahiran Hidup untuk kemudahan 700 orang murid .
16 Disember 2003 - Sebahagian kecil murid iaitu lebih kurang 200 orang telah dipindahkan ke SK Batu 24 ( sekolah baru ) di Pekan Nanas .
Informasi SK Pekan Nanas
A. Kemudahan Asas :
2 blok 2 tingkat .
3 blok 1 tingkat
1 blok kantin
1 blok Balai Islam
B. Bilangan murid dan kelas :
Seramai 683 orang .
Terdiri daripada kaum Melayu , Cina dan India
18 buah kelas .
C. Staf SK Pekan Nanas :
40 orang guru
5 orang kakitangan pejabat
2 orang pengawal keselamatan
5 orang pekerja swasta
Visi Kementerian Pelajaran Malaysia
Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang
Misi Kementerian Pelajaran Malaysia
Membangun Potensi Individi Melalui Pendidikan Berkualiti
Visi Sekolah
Sekolah cemerlang 2010
Misi Sekolah
Memberikan pendidikan berkualiti melalui pengajaran dan pembelajaran serta pemupukan sahsiah terpuji di dalam persekitaran yang kondusif berbentuk pengurusan dan pentadbiran serta hubungan komuniti yang mampan
Objektif Sekolah
A. Semua murid menguasai kemahiran 3M.
B. Mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik dan kokurikulum.
C. Membentuk murid berakhlak dan berkeperibadian mulia.
Falsafah Sekolah
Semua murid mempunyai potensi yang perlu dikembangkan dengan diberi hak yang sama untuk mendapatkan pendidikan sempurna tanpa mengira agama , bangsa dan kaum .