AKHLAK SESAMA MANUSIA
Hadith : Abu Burdah r.a berkata :”Rasulullah mengutus ayahku iaitu Abu Musa dan Muaz ke Yaman, Nabi berkata:”Mudahkanlah dan janganlah kamu menyukarkan, Gembirakanlah dan jangan kamu menyusahkan dan berseia sekatalah kamu.”
(Bukhari dan Muslim)
PANDUAN PENILAIAN PRESTASI BERDASARKAN PEKELILING JPA BIL 4 TAHUN 2002
PENILAIAN YANG OBJEKTIF, ADIL DAN TELUS
7. Pegawai Penilai (Pegawai Penilai Pertama dan Pegawai Penilai Kedua) dan Panel Pembangunan Sumber Manusia bertanggungjawab menentukan penilaian prestasi dilaksanakan secara teratur, objektif, adil dan telus berdasarkan panduan berikut:
(i) penilaian dibuat secara berterusan berdasarkan pencapaian kerja sebenar Pegawai Yang Dinilai sepanjang tahun yang dinilai;
(ii) penilaian tidak dibuat secara tergesa-gesa atau dilakukan di saat akhir;
(iii) penilaian dibuat tanpa dipengaruhi oleh prestasi tahun-tahun sebelumnya;
(iv) penilaian dibuat dengan keyakinan bahawa Pegawai Yang Dinilai merupakan aset terpenting yang perlu dan boleh dimajukan dari semasa ke semasa;
(v) penilaian tidak dipengaruhi oleh faktor yang boleh dianggap sebagai pilih kasih;
(vi) pegawai penilai tidak bersifat terlalu murah hati (lenient) atau sebaliknya;
(vii) pegawai penilai tidak mengambil jalan mudah dengan memberi markah dalam lingkungan pertengahan sahaja; dan
(viii) tidak memberi perhatian yang lebih kepada perkara yang baru berlaku, sama ada bersifat positif atau negatif, yang boleh mempengaruhi penilaian keseluruhan seseorang pegawai.
Sumber : Pekeliling JPA Bilangan 4 Tahun 2002
PEKELILING BERKENAAN PAKAIAN SEWAKTU BERTUGAS
SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 7/2001 :
Garis Panduan Pakaian Guru Ketika Bertugas Di Sekolah
Sejak kebelakangan ini terdapat guru-guru lelaki di sekolah-sekolah kerajaan yang memakai jubah dan berserban semasa bertugas di bilik darjah atau ketika menghadiri upacara rasmi di sekolah dan di luar sekolah. Dalam Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 1985 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam, pakaian jubah BUKANLAH dianggap sebagai pakaian pada masa bekerja bagi pegawai-pegawai awam.
2. Sehubungan dengan itu, jika sekiranya guru-guru ini tidak mahu memakai seluar panjang dan berbaju kemeja (tali leher digalakkan), maka bolehlah mereka memakai pakaian baju melayu lengkap dengan samping atau pakaian baju mirip dengan potongan baju melayu dan dipakai dengan seluar panjang serta bersongkok hitam.
3. Surat Pekeliling ini hendaklah dibaca bersama-sama dengan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/1985 bertarikh 9 Mei 1985 mengenai Peraturan Pakaian Guru Di Sekolah/Pensyarah Di Maktab Perguruan, Politeknik, Lain-lain Pegawai Dan Kakitangan Perkhidmatan Pelajaran Di Pejabat Pelajaran Daerah Atau Bahagian, Jabatan Pelajaran Negeri Dan Kementerian Pelajaran, yang telah disesuaikan dengan peraturan pakaian masa bekerja dan semasa menghadiri upacara-upacara rasmi bagi pegawai-pegawai awam seperti yang dinyatakan dalam Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 1985 bertarikh 18 Februari 1985, yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam.
Sumber : Pekeliling KPM KP(BS) 8591/Jld.XVII (7) 7 Jun 2001
Pekeliling Kegiatan Kokurikulum Pada Hari Sabtu
SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 8/2005 (PETIKAN..)
3. Sehubungan dengan itu, Mesyuarat Pemuafakatan Pengurusan Pendidikan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Bil. 4/2005 telah bersetuju bahawa:
3.1 Sekolah-sekolah yang telah berjaya melaksanakan program pendidikan (akademik dan kokurikulum ) dalam masa lima ( 5 ) hari bekerja hendaklah meneruskannya; dan
3.2 Sekolah-sekolah yang menghadapi kesulitan untuk melaksanakan program pendidikan ( akademik dan kokurikulum ) dalam masa lima ( 5) hari bekerja disebabkan faktor seperti kekangan masa, ruang, kepakaran dan lain-lain sebab, boleh menggunakan hari Sabtu dengan syarat TIDAK melebihi dua kali Sabtu dalam sebulan.
4. Kerjasama Y.Bhg. Datuk/Dato'/Datu/Tuan/Puan adalah dipohon untuk mengenalpasti sekolah-sekolah yang menghadapi masalah untuk melaksanakan program pendidikan ( akademik dan kokurikulum ) dalam tempoh lima hari bekerja dan memaklumkan kepada Bahagian Sekolah supaya langkah-langkah perlu boleh diambil dengan segera untuk mengatasi masalah tersebut.
5. Sila maklumkan kandungan surat pekeliling ikhtisas ini kepada pegawai bertanggungjawab di Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah/Gabungan, Pengetua dan Guru Besar di bawah pentadbiran Y.Bhg. Datuk/Dato'/Datu/Tuan/Puan.
Sekian, terima kasih.
BEST
John C. Maxwell di dalam bukunya Developing the Leaders Around You mengatakan, pemimpin yang baik dia yang mengamalkan konsep BEST:
Believe in them . Yakin akan kemampuan orang-orang bawahan.
Encourage them. Berikan galakan kepada mereka.
Share with them. Berkongsi dengan mereka.
Trust them. Berikan kepercayaan kepada mereka.
Dipetik daripada buku :Perubatan Islam dan Bukti Sains Moden Edisi Ke-2, Dr. Danial Zainal Abidin, PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.
En. Md Azman Bin Jayus (Guru Besar)
En. Nordin Bin Solehin (GPK Pentadbiran)
En. Abd. Latiff Bin Ahmad (GPK Hal Ehwal Murid)
Pn. Ruslah Binti Tenang (GPK Kokurikulum)
(GURU) En. Ahmad Faizal Bin Md. Fauzi
|
En. Awang Bin Saad
|
En. Hazri Bin Hashim
|
En. Mohd Azid Bin Samad
|
En. Mohd. Ehsan Bin Abd. Rahim
|
En. Ong Tuan Hee
|
En. Ruslan Bin Abu Bakar
|
En. Suhaimi Bin Seratang
|
En. Sulaiman Bin Shahadan
|
En. Syaipul Idaham B. Md. Nur
|
En. Syukri Bin Abd. Jalil
|
En. Yusof Bin Salleh
|
En. Zulkarnain Bin Md. Top @ Mohd. Tah
|
Pn. Ho Hwei Ngoh |
Pn. Farina Shilla Bt. Haris
|
Pn. Hailin @ Hailina Bt. Salekun
|
Pn. Heldyana Francis
|
Pn. Hjh Noreha Bt. Hj. Abd. Rahim
|
Pn. Hjh Suaebah Bt. Paidi
|
Pn. Isnaini Bt. Moin
|
Pn. Jamilah Bt. Salleh
|
Pn. Junaidah Bt. Md. Fadelah
|
Pn. Midah Vijati Bt. Ahmad
|
Pn. Noor Azilla Bt. Md. Salleh
|
Pn. Norhana Bt. Yusof
|
Pn. Norlia Bt. Mahmud
|
Pn. Siti Aminah Bt. Mohd. Ali Asenan
|
Pn. Suhaila Bt. Mohamed
|
Pn. Suhana Bt. Soid
|
Pn. Suraiti Bt. Md.Yusop
|
Pn. Widyanordana Bt. Wan Rahim
|
Ust. Armizam Bin Sa’at
|
Ustz. Dewi Hartati Bt. Md. Sidek
|
Ustz. Ruzaidah Bt. Samat
|
Ustz. Siti Mariah Bt. Razali (BUKAN GURU)
|
En. Md. Mansor Bin Abdul Razak
|
Pn. Hazlen Binti Samiran
|
En. Ehsan
|
En. Haffez Bin Hussaini |
UPSR 2002 - 2008
Tahun | Mata Pel. | Bil. Calon | A+B+C | % | D+E | % | % Lulus |
2002 | 011 BMK | 115 | 99 | 86.09 | 16 | 13.91 | 49.56 |
012 BMP | 115 | 92 | 80 | 23 | 20 |
014 BI | 115 | 59 | 51.3 | 56 | 48.7 |
015 MT | 115 | 91 | 79.13 | 24 | 20.87 |
018 SN | 115 | 81 | 70.43 | 34 | 29.57 |
2003 | 011 BMK | 120 | 110 | 91.67 | 10 | 8.33 | 51.67 |
012 BMP | 120 | 105 | 87.5 | 15 | 12.5 |
014 BI | 119 | 65 | 54.62 | 54 | 45.38 |
015 MT | 120 | 99 | 82.5 | 21 | 17.5 |
018 SN | 120 | 91 | 75.83 | 28 | 23.33 |
2004 | 011 BMK | 118 | 106 | 89.83 | 12 | 10.17 | 60.2 |
012 BMP | 118 | 95 | 80.51 | 23 | 19.49 |
014 BI | 118 | 77 | 65.25 | 41 | 34.75 |
015 MT | 118 | 95 | 80.51 | 23 | 19.49 |
018 SN | 118 | 98 | 83.05 | 20 | 16.95 |
2005 | 011 BMK | 106 | 101 | 95.28 | 5 | 4.72 | 56.6 |
012 BMP | 106 | 92 | 86.79 | 14 | 13.21 |
014 BI | 106 | 61 | 57.55 | 45 | 42.45 |
015 MT | 106 | 88 | 83.02 | 18 | 16.98 |
018 SN | 106 | 88 | 83.02 | 18 | 16.98 |
2006 | 011 BMK | 102 | 97 | 95.1 | 5 | 4.9 | 71.6 |
012 BMP | 102 | 93 | 91.18 | 9 | 8.82 |
014 BI | 102 | 78 | 76.47 | 24 | 23.53 |
015 MT | 102 | 87 | 85.29 | 15 | 14.71 |
018 SN | 102 | 89 | 87.25 | 13 | 12.75 |
2007 | 011 BMK | 96 | 93 | 96.88 | 3 | 3.13 | 65.6 |
012 BMP | 96 | 86 | 89.58 | 10 | 10.42 |
014 BI | 96 | 66 | 68.75 | 30 | 31.25 |
015 MT | 96 | 80 | 83.33 | 24 | 25 |
018 SN | 96 | 83 | 86.46 | 13 | 13.54 |
2008 | 011 BMK | 112 | 104 | 92.9 | 8 | 7.1 | 58.92 |
012 BMP | 112 | 99 | 88.4 | 13 | 11.6 |
014 BI | 112 | 75 | 67 | 37 | 33 |
015 MT | 112 | 81 | 72.3 | 31 | 27.7 |
018 SN | 112 | 87 | 77.7 | 25 | 22.3 |
Makanan dan Hikmahnya dalam Islam
-
- Senarai Makanan Dan Hikmahnya
-
- Roti (khubz)
-
- Roti yang paling bagus ialah diperbuat daripada gandum yang baik dimasak dalam pembakar roti yang bulat. Roti itu dibiarkan sejuk sebelum dimakan, jika tidak kita akan merasa haus bila memakannya. Roti yang sudah lama dan tidak elok akan menyebukan perut. Roti yang terdapat sekam gandum mudah dicernakan. Nabi s.a.w. pernah bersabda "Jangan potong roti dengan pisau. hormatilah roti itu dengan memotong dengan tanganmu kerana Allah menghormati roti itu".
-
- Jintan Manis (anisun)
-
- Jintan manis banyak khasiatnya ianya melegakan kesakitan dalam badan, melancarkan aliran keluar haid, membanyakkan susu dan membuang gas dalam usus. Ianya juga boleh digunakan dalam bentuk serbuk dan disapu disekeliling mata bagi menguatkan pandangan mata.
-
- Epal (tuffah)
-
- Epal yang masam lebih sejuk daripada yang manis. Ianya juga boleh menguatkan organ hati.
-
- Asparagus (hiyawn)
-
- Asparagus berkhasiat bagi membuka sekatan pada buah pinggang dan memudahkan kelahiran anak.
-
- Pisang (mawz)
-
- Pisang boleh menyejukkan badan dan ianya boleh dimakan dengan madu lebah.
-
- Barli (sya'ir)
-
- Barli berkhasiat sebagai penyejuk badan. Rasulullah s.a.w. pernah memberi sup barli kepada orang yg mengidap demam.
-
- Selasih (manis rayhan)
-
- Selasih berkhasiat untuk menguatkan organ hati, memudahkan tidur dengan cara menyapu kepala dengan basil yang dicampurkan air.
-
- Mentega (zubdah)
-
- Mentega khasiatnya memanas dan melembapkan. Baik untuk menghilangkan sembelit. Mentega yang dicampurkan dengan kurma dan madu sejenis makanan yang menghilangkan rasa mengidam pada perempuan hamil.
-
- Bunga kubis (qunnabit)
-
- Sayuran ini sukar dihadam dan bahaya untuk penglihatan.
-
- Chamomile (babunaj)
-
- Kegunaan chamomile ialah melancarkan aliran haid dan kencing. Ianya juga sangat berguna untuk memanaskan badan.
-
- Lobak merah
-
- Kegunaannya memanaskan badan. Ianya juga melancarkan aliran haid dan air kencing.
-
- Biji kopi (qahwah)
-
- Sebagai ubat penyakit buang air besar berdarah, menghilangkan dahaga dan dikatakan menimbulkan kebijaksanaan.
-
- Biji hitam (habb al sauda)
-
- Dilaporkan bahawa Nabi s.a.w. pernah bersabda "Jadilah seperti biji habb al sauda kerana biji ini ubat semua penyakit kecuali kanser dan mati". Adalah dilaporkan juga bahawa Allah Taala menunjukkan bahawa "ia" itu ialah hab al sauda menghapuskan angin dalam usus dan demam. Baik untuk merawat 'leukoderma' dan membuka saluran urat yang halus. Berguna untuk menghilangkan penyakit selesema.
-
- Ayam (dajaj)
-
- Memudahkan penghadaman. membetulkan imbangan badan, baik untuk otak
- dan badan, serta mencantikkan rupa paras. Walau bagaimanapun jika dimakan terlalu banyak boleh menyebabkan penyakit sendi dan yang terbaik ialah daging ayam betina yang tidak bertelur.
-
- Kulit kayu manis (darchini)
-
- Kulit kayu manis juga merupakan pemanas badan. Minyaknya sebagai penawar untuk menghapuskan rasa tidak hadam. Ia merupakan campuran (rempah ratus) yang digunakan dalam resepi masakan hampir tiga suku penduduk dunia.
-
- Limau kulit tebal, warna kuning pucat, kurang mengandungi asid
- (utrujj)
-
- Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda, "Limau ini adalah seperti mukmin: bagus dirasa dan bagus dihidu". Limau ini menguatkan organ hati serta dapat menjauhkan kesedihan dan bintik-bintik pada kulit, menghapuskan kelaparan dan melambatkan pengaliran dalam hempedu.
-
- Timun (qitta')
-
- Yang masak menghilangkan panas dan menggalakkan pembuangan air kecil. Makan kurma dengan timun muda menambahkan berat badan. Jintan putih (kammun) Jintan putih khasiatnya untuk memanaskan badan. Jintan putih yang direndam di dalam air dan diminum adalah baik untuk mengubat perut yang memulas.
-
- Tamar kering (tamr)
-
- Nabi s.a.w. pernah bersabda, "Rumah yang tiada tamar atau kurma adalah rumah yg tiada bermakanan". Nabi s.a.w. sendiri pernah menanam kurma atau tamar. Kurma hendaklah dimakan dengan badam untuk menghapuskan parut yang tidak diingini.
-
- Terung (badhijan)
-
- Terung hitam menyebabkan keluarnya hempedu. Kecenderungan benda ini mengeluarkan hempedu dapat dibetulkan dengan memakannya bersama daging.
-
- Telur (baydah)
-
- Khasiat telur yang paling baik boleh kita dapati daripada telur ayam (setengah masak atau ?masak) bukan direbus keras. Putih telur melegakan apabila kita melecur atau kulit terbakar dan menghilangkan parut pada kulit.
-
- "Endive" (hindiba)
-
- Khasiat hindiba berubah mengikut musim. Hindiba' pada awal musim adalah yang paling baik dan yang dipenghujungnya sudah tidak berkhasiat lagi. Hadith menyatakan "makanlah hindiba dan janganlah bersendawa kerana sesungguhnya tidak ada satu hari pun titisan air syurga tidak jatuh ke atas hindiba".
-
- Fenugreek (Hulbah)
-
- Nabi s.a.w. pernah bersabda "jika umatku tahu apa yang ada pada hulbah, mereka pasti membeli dan membayarnya dengan emas". Antara khasiat hulbah membantu pengaliran haid dan berguna untuk menyembuhkan sakit perut (memulas).
-
- Buah Ara fig (fin)
-
- Fin kering adalah yang terbaik. Di antara khasiatnya ialah untuk memanaskan badan dan rasanya enak. Nabi s.a.w. pernah bersabda, "Jika anda kata ada buah datang dari syurga maka itulah fin kerana sebenarnya inilah buah syurga". Oleh itu makanlah buah fin kerana khasiatnya menyembuhkan penyakit buasir dan pirai.
-
- Ikan (samak)
-
- Khasiat ikan air tawar lebih baik terutama yang makan tumbuh tumbuhan, bukan yang makan lumpur dan benda-benda seni dalam air. Ikan yang tidak dimasak sukar dihadam dan mengeluarkan ketidak seimbangan badan
-
- Bawang putih (thum)
-
- Bawang putih juga elok untuk memanaskan badan. Khasiatnya membuang gas dan menggalakkan pengeluaran air mani. Baik untuk pembawakan sejuk, untuk mencairkan balgham. Minyaknya digunakan untuk merawat gigitan serangga dan Nabi s.a.w pernah bersabda "Sesiapa yang memakan pohon ini maka janganlah dia mendekati kami dan janganlah sembahyang bersama bersama kami."
-
- Minyak sapi (samn)
- Minyak sapi mengandungi banyak lemak. Ia dianggap sebagai penawar racun. Campurkan dengan manisan lalu dimakan dan ianya dipercayai ubat pada makanan.
-
- Halia (zanjabil)
-
- Halia disebut dalam ayat alQuran (ayat 17, Surah Al Insan) firman Allah Taala yang bermaksud "Dan mereka dalam Syurga itu,diberi dari sejenis minuman yang campurannya dari zanjabil". Khasiatnya membantu penghadaman dan memanaskan badan.
-
- Inai (henna)
-
- Terdapat banyak khasiat pada inai. Antaranya menghilangkan bekas calar-calar atau lebam pada badan, menghilangkan sakit kepala, sakit dalam kaki, sakit kuku dan mengelokkan rambut. Inai bersifat sangat panas dan menerbitkan perasaan cinta. Wangian yang terbaik ialah yang diperbuat dari bunga inai.Memakai inai pada kuku, tangan dan kaki menjadi biasaan masyarakat di Timur terutama bagi pengantin baru.
-
- Madu lebah(a'sl)
-
- Madu lebah mempunyai berbagai-bagai khasiat. Madu atau manisan lebah ini apabila dicampur dengan air panas boleh mengubati penyakit cirit birit. Sabda Nabi s.a.w., "Demi Allah yang aku dalam genggaman Nya, minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya. Jika seseorang itu makan madu, seribu ubat masuk keperutnya dan sejuta penyakit keluar darinya." Rasulullah sendiri mengamalkan meminum madu, dengan meminum segelas air yang dicampurkan dengan madu setiap pagi ketika perut kosong. Madu dianggap ibu segala makanan, minuman dan ubatan. Madu yang paling berkualiti ialah madu yang dikeluarkan dalam musim bunga (spring), seterusnya dalam musim panas (summer) dan yang kurang berkualiti adalah madu yang dihasilkan dalam musim sejuk (winter).
-
- Kekacang (a'das)
-
- Semua kekacang mengeluarkan kekeringan. Jenis-jenis kekacang hendaklah dimakan sedikit kerana kalau dimakan dengan banyak ianya tidak baik untuk perut. Ada hadith mengatakan bahawa sesiapa memakan kekacang akan menerbitkan hati yang simpati, mata berair dan menghapuskan kesombongan.
-
- Salad (khass)
-
- Meskipun ianya sejuk, ia dianggap sayuran yang baik untuk dimakan. Ia melembutkan tubuh yang keras dan membantu menyembuhkan penyakit gangguan mental. Salad melemahkan tenaga batin dan terlalu banyak memakannya juga melemahkan penglihatan.
-
- Daging (lahm)
-
- Daging mengandungi banyak khasiat. Dikatakan bahawa orang yang memakan daging selama 40 hari berturut turut tidak akan mendatangkan kebaikan. Dan orang yang tidak memakan daging selama 40 hari berturut- turut juga tidak akan mendatangkan kebaikan. Dengan kata lain makanlah daging secara sederhana. Daging yang paling baik ialah daging kambing. Ianya lebih bersifat panas dan lembab. Daging kambing yang paling baik ialah daging kambing jantan yang berumur satu hingga dua tahun. Adapun daging babi haram dimakan. Terdapat pertelingkahan pendapat mengenai daging kuda sebagai makanan biasa. Ibnu Sina berpendapat bahawa daging unta, kuda, keldai adalah tidak baik dimakan sebagai makanan biasa. Syariat juga melarang memakan daging binatang pemangsa. Dilarang memakan daging binatang pemangsa yang kukunya mencengkam dan menyangkuk.
-
-
- Sumber: Association of Malaysian Students at University of Southern California
10 Jenis Makanan Antikolestrol
1. SOYA Kacang soya merupakan makanan popular yang diproses untuk mendapatkan kacang soya mengandungi 48% protein, lesitin, vitamin & zat galian.Ia juga dapat menghidarkan penyakit jantung & kencing manis. Kaya kalsium & Mineral yang membantu memecah lemak. Ia membantu menyusutkan kadar Lemak jahat (LDL) dan meningkatkan kadar lemak baik (HDL)
2. KUACI
Kuaci mempunyai kandungan zat besi. Pola pemakanan yang rendah dgn zat besi boleh menaikkan kadar kolestrol LDL sekali gus menghadkan kolestrol HDL. Mulakan pengambilan kuaci jenis tawar seperti dari jenis labu atau bunga matahari untuk menambah zat besi serta mengurangkan kolestrol.
3. BUAH KERING
Antara pelbagai jenis buah kering, limau kering adalah yang paling banyak mengandungi flavanoid. Pengambilannya mampu menyingkirkan lebihan lemak LDL sehingga dapat mengurangkan risiko serangan jantung. Flavanoid juga boleh diperolehi dalam the, brokoli, tomato, bawang serta delima.
4. EPAL
Memakan sebiji epal @ meminum jusnya setiap hari cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolestrol dalam badan. Kanak-kanak yang memakan makanan segera dan kemudian memakan epal @ minum jusnya, sebenarnya menyimbangkan kandungan zat dan mencegah berlaku lemak dalam badan.
5. IKAN TUNA
Termasuk sumber asid lemak omega-3 yang popular, selain salmon dan makarel. Omega-3 secara khusus melindungi tubuh daripada peningkatan kadar kolestrol LDL.
6. KACANG TANAH
Kacang tanah yang dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya dengan vitamin E. Ia boleh menghalang radikal bebas agar tidak merosakkan kolesterol LDL dan dapat menghindari tubuh daripada serangan jantung.
7. MANGGA
Vitamin C banyak terdapat dalam mangga. Sumber lain : belimbing, kedodong, betik, rambutan, strawberi dan kiwi. Vitamin C berupaya mencegah kolestrol LDL dalam tubuh.
8. KISMIS
Mengandungi sebatian yang mampu menurunkan kolestrol. Sesiapa yang mengamalkan diet dengan 400 kalori kismis setiap hari boleh menurunkan kadar kolestrol dalam darah sebanyak 8%.
9. OAT
Lebih daripada kajian saintifik yang dijalankan telah menunjukkan bahawa pengambilan oat setiap pagi boleh menurunkan kolestrol dalam darah. Serat mudah larut dalam oat boleh mengurangkan risiko penyakit jantung sekiranya dijadikan sebahagian diet rendah lemak & kolestrol anda.
10. JAMBU BATU
Ia mampu menurunkan paras kolestrol dalam badan sebanyak 18.8%. Disyorkan mengambilnya setiap hari dalam jumlah mencukupi bagi memastikan khasiatnya bertindak balas kepada tubuh. Jumlah yang disyorkan ialah 400gm sehari, iaitu sebiji setengah selama empat minggu. Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan tanpa melupakan diet seimbang, jambu batu adalah pilihan yang sesuai